Program Pemerkasaan TVET Peringkat Sekolah Tahun 2025

Program Pemerkasaan TVET Peringkat Sekolah Tahun 2025

Anjuran: SMK Methodist ACS (M) Seremban & Persatuan Jaya Diri Negeri Johor
Hari ini berlangsung program yang penuh manfaat dalam usaha memperkasa pendidikan TVET diperingkat sekolah. YonMing Academy sangat berbesar hati kerana telah dijemput serta dapat berkongsi pengalaman tentang industri, laluan kerjaya, dan peluang pembelajaran dalam bidang Automotif Kenderaan Komesial kepada para pelajar.
Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah dan Persatuan Jaya Diri Negeri Johor atas jemputan serta layanan mesra sepanjang program berlangsung.Terima kasih juga kepada para pelajar yang begitu aktif bertanya dan memberikan respon yang sangat positif.
Semoga program ini menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk meneroka dunia kemahiran, membina masa depan dan kerjaya dalam industri teknikal yang semakin berkembang

Share this post